Thursday, May 7, 2009

Kes hantar anak

Salam . Tak sempat menulis kerana masih letih dan nak demam lepas hantar anak-anak balik .
Hari Ahad .... kena hantar 3 orang ke tempat yang berasingan .
Mintak tolong hantar ke Merbok , kata nak balik KL.
Mintak hantar yang BG n Sitiawan , kata nak buat assignment .
S0... kena hantar semuanya seorang.
Pakat dengan yang di BG hantar awal sikit.
Nasib baiklah dia faham dan ada yang tak balik , jadi adalah
orang di asrama .
Nak jadi cerita , terjumpa pulak adiknya dikedai buku .
Bila cerita kena hantar tiga-tiga sekali , dia boleh cakap "No komen".
Rasa macam gunung berapi meletup .

Balik dari Merbok , jalan pulak jam . Sabar sajalah ....
Kejap jalan biasa , kejap masuk balik highway . Sampai rumah dekat pukul
12 tghmlm . Esok jelah hantar yang lagi seorang tu .
Keluar kereta , kaki dah menggeletar dan badan dah lembik .

Esoknya ambil cuti nak uruskan pulak hal rumah dan yang sorang lagi tu .
Nak sambung belajar dimana ? Keputusan belum buat , hari pendaftaran makin dekat.
Talipon sana sini cuba nak mintak tolong sape-sape je.
Petang baru boleh hantar ke Sitiawan . Lepas Maghrib baru bertolak balik .
Sampai ..... pukul 9mlm.
Alhamdulillah ....... selamat .

No comments:

Post a Comment

Thank you for reading my blog~
=)