Thursday, May 21, 2009

Bravo Chua Soi Lek

I just clicked on the Agenda Awani and there was the Chua Soi Lek 
himself talking about being the new Penyelaras BN.
About time someone in the BN came up with those ideas.
Those pemimpins sepatutnya sedar bahawa mereka bukan
semestinya sentiasa betul dan perlu dihormati hanya 
kerana telah dilantik.

Contohnya , baru-baru ni , seorang Datuk BN datang untuk satu majlis
di kampung . Nak jadi cerita , cerita mengenai peristiwa dalam 
DUN Perak sahaja mengambil masa lebih 1 jam . 
Yang kelakarnya dia bagi cerita begini :
"Saya tanya anak kembar saya yang di pra sekolah . 
Adik , antara 31 dengan 28 mana lebih besar . 
Anak saya pun tahu 31 tu lebih besar."

Begitulah akal orang BN , setakat tahap budak pra sekolah je. 
Dia tak tahu yang orang
dah buat perbandingan dengan pelbagai media.
Datang setakat nak baiki jalan , baiki dewan , 
dia orang tak sedar ke bukan itu yang orang 
nak . Benda-benda tu dah perkara yang sepatutnya 
mereka sediakan , bukannya terpaksa diminta baru dapat . 
Itulah yang dikatakan oleh Soi Lek , 
they should think outside the box (their smallest box).
Orang nak fikirkan tentang masa depan anak-anak , cucu-cicit , 
tentang pendidikan dan pekerjaan . 
Tentang IPTA yang dah tak laku dibandingkan dengan IPTS yang tumbuh
bukan saja bagai cendawan sebab cendawan pun susah nak cari sekarang.
Bab kerja pulak , tentulah lebih didahulukan siswazah IPTS .
Mana idaknya , siswazah melayunya nak cakap bahasa sendiri
pun berterabur usahkan Bah. Inggeris.
Wahai pemimpim .... fikirlah .........


No comments:

Post a Comment

Thank you for reading my blog~
=)